Selasa, 19 Ogos 2014

Aqil Amsyar - 4 bulan.

Dicatat oleh ~ WaNiE otHmAn ~ di 11:23 PTG 0 ulasan
Tunggu makde potong rambut kat kedai cina.
En.Mesyar kesayangan dah masuk 4 bulan. Alhamdulillah. Masa bawa pergi check-up aritu, Amsyar takde apa2 health issue, kecuali pasal problem haritu je, tp bila measure berat & tinggi, kus semangat, anak ibu ni dah 7.7kg rupanya. Bulan lepas 6.5kg. Tinggi 63cm. Naik 3cm je dari bulan lepas. Patutlah bila dukung sekejap pun dah boleh buat ibu semput. Badan pon dah macam abang-abang sangat. Hehehe..

Amsyar sekarang dah panjang akal ek? Dah pandai buat perangai bila ibu nak pergi kerja. Pagi-pagi mesti buat drama swasta, merengek sana sini. Pastu cebek-cebek muka. Tapi bila Tok Mak bawak berjalan kat luar, kemain berlagak. Dengan ibu pon buat dek je. Dengan papa taknak pulak buat perangai ek? Ngengade tuh! Ibu taknak gi kerja kang baru tau? Biar dia serabut ibu duk gomol dia je. Hahaha..

Amsyar dah pandai macam-macam tau sekarang. Pandai gelak bila kena agah. Pandai ajak orang bersembang. Pandai melompat-lompat kalau seronok sangat ( lain kali kalau nak melompat, please suruh aki or papa yang pegang ek? Ibu is semput. Awk tu kus semangat sedare oi.. ), pegang mainan pon dah pandai. Cuma belum grip betul-betul je lagi. Tapi tarik tangan orang, masuk dalam mulut dia pastu kemam memang terer. Mengunyah macamkan dah ada gigi. Nak makan ek sayang? Tunggu lagi 2 bulan k?

Btw, mulai semalam ibu dah tukar susu Amsyar tau? Tukar ke S26 balik. Sebab ibu tengok bila dengan Lactogen, Amsyar macam nak tak nak jer menyusu. Susu tak sedap ker memang dah kurang nak menyusu ek? Tapi menyusu badan memang kerap.Bulan ni last r ibu dapat BF Amsyar. Bila treatment fibroid ibu start nanti, Amsyar memang kena fully FM tau? Kesian anak ibu. Rezeki susu Amsyar banyak, tapi rezeki ibu nak terus menyusukan Amyar yang tak banyak. Takpe r sayang ek? Nak buat camne? Dah nasib. Sebab tu lah ibu tak kisah nak bagi susu mahal kat Amsyar. Dah ibu tak dapat nak bagi khasiat susu badan kat Amsyar, at least biarlah Amsyar dapat khasiat dari susu tepung kan?

Tak kisah r apa pon, janji hero kecek ibu & papa ni sihat selalu. K sayang? Muaahhhh!
 

Keluarga Kecil Kita Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea