Selasa, 21 Oktober 2014

Mula Mengandungkan Amsyar - Part 1

Dicatat oleh ~ WaNiE otHmAn ~ di 2:37 PG 0 ulasan
Satu petang, kawan opis ibu tanya, masa mengandungkan Amsyar dlu, apa tanda2 yang buatkan ibu rasa ibu mengandung & tergerak hati nak buat UPT test. Hoih. Citer stahun lepas tu, harap-harap ibu ingat lagi r. Hehehe..

Sejujurnya, ibu pon x sure bila ibu start mengandungkan Amsyar. Sebab ibu takde pon kena simptom2 normal org mengandung tu. Muntah2? Xde? Mabuk bau? Xde? Xleh bau masak / memasak? Xde jugak. Yang ada, cuma period x datang2. Pastu naluri. Yes! Agaknya tu yg orang panggil naluri seorang ibu kot? Ecececeh! hehehe..

31/08/2013 - Ibu, Papa, Tok Mak, Aki & Makde, ada kat Sabah. Nak hantar makde mendaftar @ UMS. Agaknya, masa tu Amsyar dah sebulan duk dalam perut ibu kot? Still, ibu tak rasa apa2. Ibu melasak bukan main, kitorg pergi naik Gunung Kinabalu, boleh ibu berkeras nak wat trekking dr pintu gerbang, sampai point view gunung tu. Pastu malamnya, ibu ajak diorang berjimba kat Pasar Filipina. Siang esoknya, meronda bandar Kota Kinabalu, jalan-jalan ke muzium Sabah, Taman Budaya dia lagi. Macam-macam. dah jarang berjalan kan? Sekali dapat peluang, gunakan sebaik-baiknya r. Tapi kalau nak kira, a week before g Sabah tu pon ibu dah melasak. Naik kete langgar kat funfair, berlanggar2 dengan makde. Boleh? Nasib baik r awk tu kuat. Dan Allah dah tentukan awak tu memang rezeki ibu. Kalau tak, entah apa r yang jadi kan? Alhamdulillah. Allah sayang kita berdua.

01/09/2013 - Still belum period. Ibu was2. Tak sure belum period tu sebab perubahan hormon atau memang mengandung. Semangat menggoogle tanda2 orang mengandung dalam internet. Nak tanya Tok Mak segan. Hehehe. Tanda-tanda yang macam dalam internet :

Muntah-muntah / Mabuk-mabuk - Takde
Kencing yang kerap - Tak sangat
Sakit pinggang - Kadang-kadang ( kalau sakit tu datang, mmg tak tahan. Sampai tahap suruh papa tumbuk pinggang. Tapi papa tumbuk, alahai...punya r gemalai. Tak patahnya pinggang ayang abang oiii.. )
Period lewat - A big YES
Cepat penat / letih - Mungkin. Tak perasan sangat, sebab excited first time travel naik kapatebang.
Emosional terlebih - Hahahah...teringat drama swasta yang ibu buat atas Gunung Kinabalu tu. Konon2 nak suruh papa pujuk. Nan hado.

Tapi tu pn sama dengan tanda2 period nak datang. So ibu anggap je r period blum datang tu sebab ibu tengah alami perubahan hormon. Cuma dalam pada tu ibu amik langkah berhati-hati & beringat je r. Sebab naluri ibu dah terdetik, ada someone yang lain dalam diri ibu. Someone special. Cuma tak terluah dengan kata2 je. Sebab takut kecewa. :-)

Petang tu, kitorang ke Pantai Tanjung Aru. Kat situ kan femes dengan jeruk jambu pedas. Papa belikan jeruk, jambu, air kelapa & air tebu. Baru nak makan, tiba2 papa tanya. Dah period ker? Boleh ker minum air tebu ngan air kelapa ni? Baru ibu teringat! Alamak! Nasib belum minum. Papa suruh tanya tok mak. Mula2 tok mak kata boleh. Pastu tok mak tanya dah brp lama tak period. Bila ibu beritahu dah dekat sebulan, tok mak tak kasi minum banyak. Minum seteguk buat hilang rasa je. Bila dah tok mak cakap camtu, jangan kata seteguk, setitis pon ibu tak berani nak minum. Sampai papa pon ibu tak kasi minum. Sebab jeles. Boleh? Hehehe. Jadi duduk tepi pantai, tengok matahari terbenam, makan jambu kosong takde serbuk asam, pastu minum air mineral, sangatlah tak feel ok anakku?

Habis cerita kat Sabah, nanti ibu cerita masa apa yang jadi masa dah balik ke Kuantan ye? Dari ibu start berulang alik ke toilet sampai r ibu kena paksa dengan budak2 opis untuk buat UPT test. Semuanya cerita dari masa mula2 mengandungkan Nik Muhammad Aqil Amsyar.

Insyallah...




        

Selasa, 19 Ogos 2014

Aqil Amsyar - 4 bulan.

Dicatat oleh ~ WaNiE otHmAn ~ di 11:23 PTG 0 ulasan
Tunggu makde potong rambut kat kedai cina.
En.Mesyar kesayangan dah masuk 4 bulan. Alhamdulillah. Masa bawa pergi check-up aritu, Amsyar takde apa2 health issue, kecuali pasal problem haritu je, tp bila measure berat & tinggi, kus semangat, anak ibu ni dah 7.7kg rupanya. Bulan lepas 6.5kg. Tinggi 63cm. Naik 3cm je dari bulan lepas. Patutlah bila dukung sekejap pun dah boleh buat ibu semput. Badan pon dah macam abang-abang sangat. Hehehe..

Amsyar sekarang dah panjang akal ek? Dah pandai buat perangai bila ibu nak pergi kerja. Pagi-pagi mesti buat drama swasta, merengek sana sini. Pastu cebek-cebek muka. Tapi bila Tok Mak bawak berjalan kat luar, kemain berlagak. Dengan ibu pon buat dek je. Dengan papa taknak pulak buat perangai ek? Ngengade tuh! Ibu taknak gi kerja kang baru tau? Biar dia serabut ibu duk gomol dia je. Hahaha..

Amsyar dah pandai macam-macam tau sekarang. Pandai gelak bila kena agah. Pandai ajak orang bersembang. Pandai melompat-lompat kalau seronok sangat ( lain kali kalau nak melompat, please suruh aki or papa yang pegang ek? Ibu is semput. Awk tu kus semangat sedare oi.. ), pegang mainan pon dah pandai. Cuma belum grip betul-betul je lagi. Tapi tarik tangan orang, masuk dalam mulut dia pastu kemam memang terer. Mengunyah macamkan dah ada gigi. Nak makan ek sayang? Tunggu lagi 2 bulan k?

Btw, mulai semalam ibu dah tukar susu Amsyar tau? Tukar ke S26 balik. Sebab ibu tengok bila dengan Lactogen, Amsyar macam nak tak nak jer menyusu. Susu tak sedap ker memang dah kurang nak menyusu ek? Tapi menyusu badan memang kerap.Bulan ni last r ibu dapat BF Amsyar. Bila treatment fibroid ibu start nanti, Amsyar memang kena fully FM tau? Kesian anak ibu. Rezeki susu Amsyar banyak, tapi rezeki ibu nak terus menyusukan Amyar yang tak banyak. Takpe r sayang ek? Nak buat camne? Dah nasib. Sebab tu lah ibu tak kisah nak bagi susu mahal kat Amsyar. Dah ibu tak dapat nak bagi khasiat susu badan kat Amsyar, at least biarlah Amsyar dapat khasiat dari susu tepung kan?

Tak kisah r apa pon, janji hero kecek ibu & papa ni sihat selalu. K sayang? Muaahhhh!
 

Keluarga Kecil Kita Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea